Mak: "Ishhh takleh selalu...nanti ayam reban takda sapa bagi makan..."
Aku: "Mak lagi sayang ayam dari sayang kitaowang ekkkkkkk...ekekeke"
Apa gunanya keyboard kalau tak menaip?
Alhamdulillah, tanggal 1 Mei 2009, sekitar jam 5.30 petang, aku telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al-Ghufraniah Kg Telok dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah dilakukan sendiri oleh ayahandaku di hadapan 2 saksi dan naib kadi serta sanak-saudara terdekat. Majlis Perkahwinan dilakukan sehari selepas itu, Sabtu 2 Mei di kediaman kami, di Kampung Telok.
Alhamdulillah...kami telah selamat menjalani Kurus Perkahwinan. Mula-mula persepsiku terhadap kursus ini bercampur baur dan berdebar-debar...mengalahkan diana danielle nak masuk PLKN pulak. Yelah, sebelum ni macam-macam preview aku dengar. Ada yang kata "alah...takda apa lah, nasihat-nasihat biasa jer...dengar-dengar prosedur..." ada yang kata "mengantuk..." ada yang kata "hmmm dia suruh orang perempuan taat...taat..hmm!!!" ada yang kata, "bagusss....rasa nak cepat kahwin lepas tu." hahaha. Itulah yang ORANG KATA.
Dengan hati terbuka aku melangkah ke kursus bersama Harun, thanks to Puan Al-fieya dan Nadzri. Kawan lamaku semasa menuntut di universiti dulu ni dah buat bisnes kursus kahwin, di bawah kelolaan JAWI. Kebetulan kursusnya ni di Bandar Tasik Selatan juga. Setelah selesai 2 hari menjalani kursus, dadaku terasa lapang... Telah jelas kepada kami apakah peranan dan KELEBIHAN kami selepas bergelar suami & isteri :) So lepas keluar dari situ, dua-dua tersengih kambing. Lepas tu kami berbincang berdua (recap la konon) tentang apa yang kami belajar tadi...haha
Terima kasih kepada SEMUA fasilitator - Puan Suriati, Ustaz Baharuddin dan ramai lagi tak ingat nama maaf...maaf (kursus di Darul Imtiyaz 21-22Mac09) yang telah menjelaskan kepada kami, dari satu bab ke satu bab. Takda satu topik yang buat aku mengantuk. Lagi terbeliak ada la. Bila bab melahirkan anak tu...aku siap mengalir air mata hahaha emo! Berkali-kali mereka bertanya "ada soalan?" "ada apa-apa nak tanya?"...siap bagi alamat e-mel pulak tu, kalau-kalau ada soalan lanjut yang malu ditanya di khalayak...